Tuesday, January 29, 2013

NOVELS (18)


LAZUARDI (NASZ)
Okies kita sambung pulak dengan novel yang tajuknya Lazuardi pulak seperti yang aku katakan petang tadi. Ni adalah novel kedua Nasz yang aku ada la tak pasti la pulak sama ada ni novel kedua dia yang dicetak ke apa. masa 1st-1st la kan aku dapat buku ni aku dah tertanya tanya apa maksud Lazuardi tudan apa makna tahi bintang yang jadi cover buku ni. Masa ni la cerita pasal buku dia yang pertama tu yang tajuk dia sweet sour tu aku tak dapat nak ulas and ingat apa-apa pasal buku tu event aku dah pernah baca pun buku dia. Masa ni la baru aku tahu kenapa aku tak dapat ingat walaupun sikit tentang ceritta dalam sweet sour tu setelah aku fikir macam nak pecah kepala. Rupa-rupanya masa aku baca sweet sour tu otak aku tengah tepu sebab membaca tanpa henti dan juga terlampau banyak sangat buku yang aku baca dalam satu-satu masa. Agaknya otak aku dah tak boleh nak digest dah apa yang aku baca masa tu, tu yang jadi macam tu. Dulu pun pernah berlaku sekali hihihi. Baiklah kita berbalik semula pada Lazuardi ni. Setelah aku baca balik sweet sour tu aku sudah mula suka dengan cara Nasz menulis cerita dia. Dia membawa aku menyelami watak Anaz dengan cara yang senang aku fahami dan juga santai. Cerita ni bagi aku macam cerita Cinderella versi moden la sebab zaman sekarang ni mana ada dah Cinderella kan. Kesian gila aku kat Anaz ni, tapi aku juga sallute la kat dia sebab dia tabah dan redha je dalam mengharungi hidup dia tu walaupun dibenci dan dizalimi oleh Ain yang konon-kononnya sangat baik hati la pada pandangan orang sekeliling termasuk juga kawan baik Anaz sendiri. Aku suka sangat dengan watak si Shark tu..psst2 kalau la ada lelaki yang betul-betul wujud macam si Shark tu aku pun rela kahwin dengan dia weyh walaupun usia tu jauh gila beza dengan aku hahhahaha....dah aku dah perasan. Sweet la cara Shark menangani apa jua masalah dan kenyataan yang terpampang di depan mata... 

NOVELS (17)


SWEET SOUR (NASZ)
Ehem3...assalamualaikum, waaaahhhh....rasanya lama giler dah tak review apa-apa novel pon. Sampai dah lupa macamana nak update kat blog nih. Nasib la tak lupa lagi password, padahal ari tu dengan password dengan ID semua lupa hahhaha...hadoyy la.   Ni adalah novel yang pertama di review pada tahun 2013 walaupun sebenarnya banyak je novel baru yang aku baca and untuk kali ni aku pilih novel SS karya Nasz ni untuk direview walaupun novel ni dah baca untuk kali yang keberapapun aku tak tau tapi yang pasti bukan novel baru la. Novel ni pada mulanya aku pun tak tau macamana la aku boleh terbeli pun dan untuk pertama kalinya aku tak tau jalan cerita dia macam mana bila kawan-kawan sibuk kata novel ni cerita dia best sangat-sangat. Aku jadi pening sebab aku sendiri tak ingat apa-apa sedangkan aku dah tau aku dah baca buku ni. Nak rujuk balik tak boleh sebab buku ni aku dah selamat hantar ke kampung dah. Tiap kali balik kampung Ma aku selalu bagi tau aku cite SS tu best. Aku buat boh layan je la sebab dalam otak aku dah set iye la tu best. Sampailah akhirnya novel ke-2 Nasz keluar tajuk dia LAZUARDI (nanti aku akan review bila ada masa). Masa ni timbul balik novel pertama karya Nasz yang ramai orang bercerita dan aku rasa tak puas hati sebab rasa acam lost je. So balik kampung masa raya haji tu aku colek balik buku yang aku bagi kat Ma aku (setelah diwarning awal-awal jangan gatai-gatai tangan nak bawak balik KL yeh and siap berebut jugak la dengan Ma aku sebab dia takut aku colek bawak lari sama macam yang aku buat untuk buku jodoh atau cinta dulu hahhahaha). Okies mari aku bagi tau sikit cite dia cam mana. Buku ni mengisahkan tentang Joe Jambul seorang player/playboy (so agak2 sendiri la kan kalo dah player tu mesti handsome, kacak, segak and sewaktu dengannya la kan) dan dia juga kaya tapi malangnya dia kurang didikan agama. Dia jatuh cinta pada kekasih adiknya sendiri dan dia telah menggunakan cara kotor untuk dapatkan Lia iaitu kekasih adiknya tu dan akhirnya mereka kahwin. Dalam menempuh alam rumahtangga  tu banyak benda dia dan Lia perlu tempuh sebab masing-masing tidak mengenali hati budi masing-masing. Bagaimana pulak jika Lia tahu hakikat sebenarnya, adakah dia dapat menerima kenyataan itu atau sebaliknya? Dalam novel ni banyak yang boleh kita belajar tentang kehidupan di mana tidak semua orang itu sempurna dan yang jahat juga tidak selamanya akan jahat. Jika telah dibuka olehNya pintu hati seseorang itu untuk berubah maka dia akan berubah dalam sekelip matanya jadi tidak perlu kita menilai seseorang itu pada kisah silamnya, pandanglah dia hari ini yang ada pada hari ini dan sokong lah dia gar dia terus tegak berdiri dan tidak kecundang lagi.