Friday, April 6, 2012

NOVELS (15)

CINTA KONTRAK ( NURULAIN SYUHADA)
dah agak lama bersawang la aaku punya blog ni...hari ni aku nak share pasal novel ni la pulak. Bagi aku, aku suka jalan cerita dalam novel ni sebab dia simple and kelakar la yang pastinya. Boleh buat aku tak kering gusi la bila hayati kisah hidup Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampong ke Kuala Lumpur dengan niat untuk membantu keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Ayahnya bekerja sebagai nelayan dan ibunya mengambil upah membasuh baju. Ha heronya bernama Muhammad Danial Franz Bin Eddy Franz. Anak Kacukan tu, yang pasti memang hensem la tetapi karek nak mampos hahahhaa.Yang pasti certa ni bukanla berkisarkan kahwin kontrak sebab mereka berkahwin tanpa syarat tamat tempoh sebuah perkahwinan cumanya syarat yang tertulis dalam kontrak yang ditandatangani oleh Airysh sebelum dia sanggup berkahwin tu salah satu daripadanya ialah tak boleh tidur atas katil Danial wahahahahhahaha. Sebenarnya Danial buat syarat-syarat dalam kontrak itu saja je untuk mengelakkan diri dia dari jatuh cinta dengan bini dia je. Awal-awal lagi kontrak tu telah dikoyakkan oleh Airysh selepas mereka berkahwin dengan alasan kertas tu berjalan sendiri dan mengoyakkan dirinya???????? boleh ke hihihihii.....terharu bila Danial sanggup membatalkan perkahwinannya dengan Bella dan menjejaki Airysh di kampung halamannya sebab dia tidak sanggup untuk menduakan gadis itu. Aku suka bila Syafiq ditumbuk oleh gadis itu kerana keceluparan Syafiq mengutuk Danial dihadapannya. Hanya dia sahaja yang boleh panggil laki dia macam-macam tidak orang lain hihihi.

No comments:

Post a Comment