Thursday, April 5, 2012

NOVELS (13)

SUAMI YANG KU BENCI (E-MAN SUFI) 
Bahasa yang digunakan sempoi dan senang untuk difahami. Berkisarkan tentang perkahwinan seorang penjual burger yang bernama Uwais Ukasyah dengan Hannah Maryam yang merupakan seorang CEO. Aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis yang bagiku sangat menarik. Aku juga suka dengan watak emak Uwais yang bernama Makcik Sari yang memang sempoi dalam melayan kerenah anak-anaknya. Banyak adegan yang lucu dan mencuit hati dalam novel ini. Aku suka part Abang Fawwaz nak mengorat Balqis hehehe....klakar giler. Adoyyaiiii....part yang Abang Fawwaz peluk selipas jepun Balqis 2 memang aku tak boleh tahan, dah macam budak kecik dah aku tengok. Dengan binatang Penghisap darah dan Drakula lagi. satu lagi part yang aku suka dalam cite ni ialah masa minggu Panitia tu yang anak murid Uwais tanya Abang Fawwaz tentang syarat-syarat sah kahwin tu...siap buat demostrasi lagi tu kat anak murid Uwais. Sengal je aku rasa hahahhaha. Tetapi ada juga part yang menyentuh hati iaitu semasa Hannah kehilangan anak yang dikandungnya sekian lama dan Uwais tak mampu untuk memberitahu berita yang menyedihkan itu kepada isterinya. Aku suka part ini yang menunjukkan Hannah adalah lebih tabah menghadapi takdirNya berbanding Uwais...nampak sweet sangat. 

No comments:

Post a Comment