Thursday, April 5, 2012

NOVELS (14)

SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! (ZURA ASYFAR)
Jodoh, tiada siapa yang dapat menduga. Bila, di mana, siapa dan bagaimana jodoh itu tercipta....hanya Allah sahaja yang tahu. Jika kita ditakdirkan berkahwin dengan orang yang lebih tua dari kita apa perasaan kita. Apa perasaan kita suka, benci, gembira atau sedih. Tentu salah satu dari perasaan ini yang kita rasa dan begitu juga dengan Syafa Aqira dan Farish Adryan. Walaupun mereka berkahwin tanpa rasa cinta tetapi aku suka bila Farish Adryan perlahan-lahan cuba belajar untuk memikul tanggungjawab menjadi suami Syafa Aqira walaupun ketika itu agak terlalu awal bagi seorang remaja sepertinya menjadi seorang suami. Terharu bila Farish sanggup keluar mencari pad untuk istrinya di pagi yang dingin. Tetapi aku kesian pada Syaf yang teraniaya dan menyebabkan dia diperkosa oleh suami sendiri disebabkan amarah yang tidak dapat dibendung akibat rasa cemburu yang melanda terhadap isteri sendiri. Insafla sekejap aku kat sini, bila syaitan telah menghasut anak cucu cicit nabi Adam dan mereka terpedaya maka bergembiralah syaitan-syaitan durjana itu. Selain itu aku juga rasa marah pada Firash yang tidak berfikir panjang dan terlampau mengikut perasaan kerana tidak dapat berkahwin dengan Syaf sehingga  dia terlibat dalam kemalangan. Tapikan, novel ini juga mengajar kita betapa pentingnya sebuah perkahwinan itu di war-warkan kerana bila sebuah perkahwinan iru diumumkan kepada orang ramai ia dapat mengelakkan seseorang itu daripada difitnah dan selain itu juga ia dapat menjaga maruah seorang wanita di mata masyarakat.  

3 comments:

  1. adik t'tukar nme hero ni..farish yang accident cz xleh terima syaf kawen ngn firash..firash arshad yang jd hubby syaf..die yg belajar pikul tanggungjawab as hubby..tp mmg bestla..xnmpk pon cm firash tu mude 4 tahun drp syaf cz die leh bg nafkah tiap2 bulan kt syaf..

    ReplyDelete
  2. thanks sbb gi tau...nanti kite cek balik hihihi

    ReplyDelete
  3. welc0me..xsalah saling tegur menegur dlm ni kn??

    ReplyDelete