Friday, January 20, 2012

NOVELS (12)

PERGILAH AIR MATA (HANNI RAMSUL)
Novel yang berkisarkan tentang perkahwinan yang terjadi akibat daripada rasa hasad dengki dan khianat orang-orang tertentu demi kepentingan masing-masing. Masa aku baca novel ini aku terfikir jugak la perlu ke berkahwin kalau salah satunya masih belum bersedia. Adakah perkahwinan itu terjadi hanya disebabkan rasa tercabar atau rasa ingin mencabar dan tidak ingin pasangannya terlepas ke tangan orang lain. Dan juga bagaimana perasaan lelaki yang kahwin 2-3 ini adakah boleh membahagikan kasih sayang dan segalanya seadilnya. Novel ini juga mencuit hati dan juga menarik bagiku dan tidak jemu membacanya walaupun novel ini boleh tahan jugak la tebalnya hihihi.Aku suka part yang sabrina tu tengok matahari terbenam atas bukit sampai tak berkelip biji mata. Sedih bila Sabrina yang begitu mempercayai sahabat karibnya itu tahu cerita sebenar bahawa dirinya telah dikhianati oleh sahabatnya itu hanya kerana rasa dengki dan irihatinya terhadap kejayaan Sabrina dan ramai orang-orang yang menyayangi dirinya.

No comments:

Post a Comment