Wednesday, November 6, 2013

AWEK GORENG PISANG

AWEK GORENG PISANG (SYAH SHAH)
Akhirnya keluar jugak buku ni. Lama la jugak tunggu tapi tak de la sampai berjanggut sebab aku mmg xde janggut pun hahaha. Ok stop merepek meraban. Buku ni cerita tentang Daus yang telah jatuh cinta pandang pertama dia kata pada sowang budak sekolah kan...errr bukan sekolah menengah ye, masa dia beli goreng pisang. Setelah 3 kali pertemuan yang tak sengaja tu dia terus jumpa ibu bapa cik Senah tu (sebab dia tak tau nama sebenar Senah) dan terus dengan gentlementnya mintak nak pinang Senah dari walid Senah. Macam-macam cerita dan halangan yang terpaksa Daus hadapi untuk dapatkan Awek Goreng Pisangnya yang comey and muda remaja ni. Aku juga suka cara penulis buku ni a.k.a Syah Shah yang sempoi and gila2 tu dalam mengolah cerita ni menjadi menarik. Dan first time juga aku suka penulis lelaki sebab selalunya yang selalu suka berangan dan tulis novel ni kebanyakannya perempuan.Ada la kot lelaki lain yang menulis...tapi aku tak tau dan tak minat nak ambil tau kot dan cara penulisan Syah telah menarik aku untuk terus baca dan baca lagi. Tengah tunggu jugak karya dia yang lain keluar especially Gulai Kari vs Masak Lemak Ikan Patin yang dah berzaman aku tunggu rasanya...lagi awai dari APG neh.  

Tuesday, April 9, 2013

CINTA....BIAR SAJA ADA (REHAN MAKHTAR)



x leyh komen ape2 lagi jugak walaupun dah bacakan....gatai tangan blajar letak cover novel je dulu neh hahhaha....

SUAMI TAK KUHADAP (REHAN MAKTAR)

testing je neh novel yang bakal berada di pasaran....lom leh kata ape2 sbb lom bace full lagi...just testing nak letak gambar hahahha.

Tuesday, January 29, 2013

NOVELS (18)


LAZUARDI (NASZ)
Okies kita sambung pulak dengan novel yang tajuknya Lazuardi pulak seperti yang aku katakan petang tadi. Ni adalah novel kedua Nasz yang aku ada la tak pasti la pulak sama ada ni novel kedua dia yang dicetak ke apa. masa 1st-1st la kan aku dapat buku ni aku dah tertanya tanya apa maksud Lazuardi tudan apa makna tahi bintang yang jadi cover buku ni. Masa ni la cerita pasal buku dia yang pertama tu yang tajuk dia sweet sour tu aku tak dapat nak ulas and ingat apa-apa pasal buku tu event aku dah pernah baca pun buku dia. Masa ni la baru aku tahu kenapa aku tak dapat ingat walaupun sikit tentang ceritta dalam sweet sour tu setelah aku fikir macam nak pecah kepala. Rupa-rupanya masa aku baca sweet sour tu otak aku tengah tepu sebab membaca tanpa henti dan juga terlampau banyak sangat buku yang aku baca dalam satu-satu masa. Agaknya otak aku dah tak boleh nak digest dah apa yang aku baca masa tu, tu yang jadi macam tu. Dulu pun pernah berlaku sekali hihihi. Baiklah kita berbalik semula pada Lazuardi ni. Setelah aku baca balik sweet sour tu aku sudah mula suka dengan cara Nasz menulis cerita dia. Dia membawa aku menyelami watak Anaz dengan cara yang senang aku fahami dan juga santai. Cerita ni bagi aku macam cerita Cinderella versi moden la sebab zaman sekarang ni mana ada dah Cinderella kan. Kesian gila aku kat Anaz ni, tapi aku juga sallute la kat dia sebab dia tabah dan redha je dalam mengharungi hidup dia tu walaupun dibenci dan dizalimi oleh Ain yang konon-kononnya sangat baik hati la pada pandangan orang sekeliling termasuk juga kawan baik Anaz sendiri. Aku suka sangat dengan watak si Shark tu..psst2 kalau la ada lelaki yang betul-betul wujud macam si Shark tu aku pun rela kahwin dengan dia weyh walaupun usia tu jauh gila beza dengan aku hahhahaha....dah aku dah perasan. Sweet la cara Shark menangani apa jua masalah dan kenyataan yang terpampang di depan mata... 

NOVELS (17)


SWEET SOUR (NASZ)
Ehem3...assalamualaikum, waaaahhhh....rasanya lama giler dah tak review apa-apa novel pon. Sampai dah lupa macamana nak update kat blog nih. Nasib la tak lupa lagi password, padahal ari tu dengan password dengan ID semua lupa hahhaha...hadoyy la.   Ni adalah novel yang pertama di review pada tahun 2013 walaupun sebenarnya banyak je novel baru yang aku baca and untuk kali ni aku pilih novel SS karya Nasz ni untuk direview walaupun novel ni dah baca untuk kali yang keberapapun aku tak tau tapi yang pasti bukan novel baru la. Novel ni pada mulanya aku pun tak tau macamana la aku boleh terbeli pun dan untuk pertama kalinya aku tak tau jalan cerita dia macam mana bila kawan-kawan sibuk kata novel ni cerita dia best sangat-sangat. Aku jadi pening sebab aku sendiri tak ingat apa-apa sedangkan aku dah tau aku dah baca buku ni. Nak rujuk balik tak boleh sebab buku ni aku dah selamat hantar ke kampung dah. Tiap kali balik kampung Ma aku selalu bagi tau aku cite SS tu best. Aku buat boh layan je la sebab dalam otak aku dah set iye la tu best. Sampailah akhirnya novel ke-2 Nasz keluar tajuk dia LAZUARDI (nanti aku akan review bila ada masa). Masa ni timbul balik novel pertama karya Nasz yang ramai orang bercerita dan aku rasa tak puas hati sebab rasa acam lost je. So balik kampung masa raya haji tu aku colek balik buku yang aku bagi kat Ma aku (setelah diwarning awal-awal jangan gatai-gatai tangan nak bawak balik KL yeh and siap berebut jugak la dengan Ma aku sebab dia takut aku colek bawak lari sama macam yang aku buat untuk buku jodoh atau cinta dulu hahhahaha). Okies mari aku bagi tau sikit cite dia cam mana. Buku ni mengisahkan tentang Joe Jambul seorang player/playboy (so agak2 sendiri la kan kalo dah player tu mesti handsome, kacak, segak and sewaktu dengannya la kan) dan dia juga kaya tapi malangnya dia kurang didikan agama. Dia jatuh cinta pada kekasih adiknya sendiri dan dia telah menggunakan cara kotor untuk dapatkan Lia iaitu kekasih adiknya tu dan akhirnya mereka kahwin. Dalam menempuh alam rumahtangga  tu banyak benda dia dan Lia perlu tempuh sebab masing-masing tidak mengenali hati budi masing-masing. Bagaimana pulak jika Lia tahu hakikat sebenarnya, adakah dia dapat menerima kenyataan itu atau sebaliknya? Dalam novel ni banyak yang boleh kita belajar tentang kehidupan di mana tidak semua orang itu sempurna dan yang jahat juga tidak selamanya akan jahat. Jika telah dibuka olehNya pintu hati seseorang itu untuk berubah maka dia akan berubah dalam sekelip matanya jadi tidak perlu kita menilai seseorang itu pada kisah silamnya, pandanglah dia hari ini yang ada pada hari ini dan sokong lah dia gar dia terus tegak berdiri dan tidak kecundang lagi.      

Friday, April 6, 2012

NOVEL (16)

BIARKAN IA BERLALU (SHA IBRAHIM)
Cerita seterusnya yang aku nak share sikit iye la cite ni. Suka baca novel ni walaupun azab jugak la nak habiskan sebab ia tebal. Dekat 1 kilo tu. Novel ini mengajar aku bersyukur dengan apa yang kita ada dan tak baik kita merampas ape yang bukan hak kita kerana lambat laun Allah akan membalas perbuatan itu tidak kira la lambat ke cepat. Novel ini juga megajar aku bahawa berdendam itu tidak akan membawa kita ke mana kerana di akhirnya dendam itu akan membuatkan kita jauh daripada orang-orang yang kita sayangi. Memaafkan itu adalah lebih baik kerana ia akan membuatkan hati kita rasa release. Nasib Nadia amat baik kerana walaupun dia dikhianati tetapi dia mempunyai rakan karib yang sanggup bersusah payah bersamanya bermula dari bawah kembali sehingga dia berjaya. Aku suka part di mana Syafiq membawa Nadia ke kampungnya dan terdapat adegan yang mencuit hati aku di sini. 

NOVELS (15)

CINTA KONTRAK ( NURULAIN SYUHADA)
dah agak lama bersawang la aaku punya blog ni...hari ni aku nak share pasal novel ni la pulak. Bagi aku, aku suka jalan cerita dalam novel ni sebab dia simple and kelakar la yang pastinya. Boleh buat aku tak kering gusi la bila hayati kisah hidup Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampong ke Kuala Lumpur dengan niat untuk membantu keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Ayahnya bekerja sebagai nelayan dan ibunya mengambil upah membasuh baju. Ha heronya bernama Muhammad Danial Franz Bin Eddy Franz. Anak Kacukan tu, yang pasti memang hensem la tetapi karek nak mampos hahahhaa.Yang pasti certa ni bukanla berkisarkan kahwin kontrak sebab mereka berkahwin tanpa syarat tamat tempoh sebuah perkahwinan cumanya syarat yang tertulis dalam kontrak yang ditandatangani oleh Airysh sebelum dia sanggup berkahwin tu salah satu daripadanya ialah tak boleh tidur atas katil Danial wahahahahhahaha. Sebenarnya Danial buat syarat-syarat dalam kontrak itu saja je untuk mengelakkan diri dia dari jatuh cinta dengan bini dia je. Awal-awal lagi kontrak tu telah dikoyakkan oleh Airysh selepas mereka berkahwin dengan alasan kertas tu berjalan sendiri dan mengoyakkan dirinya???????? boleh ke hihihihii.....terharu bila Danial sanggup membatalkan perkahwinannya dengan Bella dan menjejaki Airysh di kampung halamannya sebab dia tidak sanggup untuk menduakan gadis itu. Aku suka bila Syafiq ditumbuk oleh gadis itu kerana keceluparan Syafiq mengutuk Danial dihadapannya. Hanya dia sahaja yang boleh panggil laki dia macam-macam tidak orang lain hihihi.

Thursday, April 5, 2012

NOVELS (14)

SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! (ZURA ASYFAR)
Jodoh, tiada siapa yang dapat menduga. Bila, di mana, siapa dan bagaimana jodoh itu tercipta....hanya Allah sahaja yang tahu. Jika kita ditakdirkan berkahwin dengan orang yang lebih tua dari kita apa perasaan kita. Apa perasaan kita suka, benci, gembira atau sedih. Tentu salah satu dari perasaan ini yang kita rasa dan begitu juga dengan Syafa Aqira dan Farish Adryan. Walaupun mereka berkahwin tanpa rasa cinta tetapi aku suka bila Farish Adryan perlahan-lahan cuba belajar untuk memikul tanggungjawab menjadi suami Syafa Aqira walaupun ketika itu agak terlalu awal bagi seorang remaja sepertinya menjadi seorang suami. Terharu bila Farish sanggup keluar mencari pad untuk istrinya di pagi yang dingin. Tetapi aku kesian pada Syaf yang teraniaya dan menyebabkan dia diperkosa oleh suami sendiri disebabkan amarah yang tidak dapat dibendung akibat rasa cemburu yang melanda terhadap isteri sendiri. Insafla sekejap aku kat sini, bila syaitan telah menghasut anak cucu cicit nabi Adam dan mereka terpedaya maka bergembiralah syaitan-syaitan durjana itu. Selain itu aku juga rasa marah pada Firash yang tidak berfikir panjang dan terlampau mengikut perasaan kerana tidak dapat berkahwin dengan Syaf sehingga  dia terlibat dalam kemalangan. Tapikan, novel ini juga mengajar kita betapa pentingnya sebuah perkahwinan itu di war-warkan kerana bila sebuah perkahwinan iru diumumkan kepada orang ramai ia dapat mengelakkan seseorang itu daripada difitnah dan selain itu juga ia dapat menjaga maruah seorang wanita di mata masyarakat.  

NOVELS (13)

SUAMI YANG KU BENCI (E-MAN SUFI) 
Bahasa yang digunakan sempoi dan senang untuk difahami. Berkisarkan tentang perkahwinan seorang penjual burger yang bernama Uwais Ukasyah dengan Hannah Maryam yang merupakan seorang CEO. Aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis yang bagiku sangat menarik. Aku juga suka dengan watak emak Uwais yang bernama Makcik Sari yang memang sempoi dalam melayan kerenah anak-anaknya. Banyak adegan yang lucu dan mencuit hati dalam novel ini. Aku suka part Abang Fawwaz nak mengorat Balqis hehehe....klakar giler. Adoyyaiiii....part yang Abang Fawwaz peluk selipas jepun Balqis 2 memang aku tak boleh tahan, dah macam budak kecik dah aku tengok. Dengan binatang Penghisap darah dan Drakula lagi. satu lagi part yang aku suka dalam cite ni ialah masa minggu Panitia tu yang anak murid Uwais tanya Abang Fawwaz tentang syarat-syarat sah kahwin tu...siap buat demostrasi lagi tu kat anak murid Uwais. Sengal je aku rasa hahahhaha. Tetapi ada juga part yang menyentuh hati iaitu semasa Hannah kehilangan anak yang dikandungnya sekian lama dan Uwais tak mampu untuk memberitahu berita yang menyedihkan itu kepada isterinya. Aku suka part ini yang menunjukkan Hannah adalah lebih tabah menghadapi takdirNya berbanding Uwais...nampak sweet sangat. 

Friday, January 20, 2012

NOVELS (12)

PERGILAH AIR MATA (HANNI RAMSUL)
Novel yang berkisarkan tentang perkahwinan yang terjadi akibat daripada rasa hasad dengki dan khianat orang-orang tertentu demi kepentingan masing-masing. Masa aku baca novel ini aku terfikir jugak la perlu ke berkahwin kalau salah satunya masih belum bersedia. Adakah perkahwinan itu terjadi hanya disebabkan rasa tercabar atau rasa ingin mencabar dan tidak ingin pasangannya terlepas ke tangan orang lain. Dan juga bagaimana perasaan lelaki yang kahwin 2-3 ini adakah boleh membahagikan kasih sayang dan segalanya seadilnya. Novel ini juga mencuit hati dan juga menarik bagiku dan tidak jemu membacanya walaupun novel ini boleh tahan jugak la tebalnya hihihi.Aku suka part yang sabrina tu tengok matahari terbenam atas bukit sampai tak berkelip biji mata. Sedih bila Sabrina yang begitu mempercayai sahabat karibnya itu tahu cerita sebenar bahawa dirinya telah dikhianati oleh sahabatnya itu hanya kerana rasa dengki dan irihatinya terhadap kejayaan Sabrina dan ramai orang-orang yang menyayangi dirinya.

NOVELS (11)

INGAT JANJI KITA (MURNI AQILA)
berkisarkan tentang kecelaruan identiti, eh! tapi nak kate celaru pun tak jugak kerana Adi tu sebenarnya perempuan tetapi dilarang keras oleh makciknya untuk berpakaian  dan juga berpewatakan seperti perempuan. Malah namanya juga terpaksa ditukar panggilannya daripada Nida kepada Adi. Kesian dia kerana kehidupannya tidak seindah orang lain kerana dia dipaksa bekerja tanpa mendapat bayaran yang setimpal dengan tenaga yang telah dicurahkan dan tanpa henti, bak kata oarang tu jadi kuli batak je la.Cerita ini juga menginsafkan aku agar jangan sesekali memakan harta anak-anak yatim ini kerana ia adalah berdosa besar. Anak-anak yatim seharusnya dilindungi dan dijaga bukan untuk dianiaya dan diambil kesempatan. Betapa azabnya kematian itu jika di dunia pun Allah dah tunjuk seperti yang berlaku pada makcik Adi ni kerana memakan harta anak yatim apatah lagi kalu di akhirat kelak....Allahuakbar. Nauzubillah!!!!Moga-moga kita dijauhkan dari hasutan syaitan yang menyesatkan itu...         

NOVELS (10)

SEGALANYA UNTUKMU (ALEYA ANEESA)
Novel ni kalu ada peluang memang aku akan ulang baca balik. Tak tahu di mana kekuatannya yang membuatkan aku addicted. Mungkin pada Jehanna Aisya yang tabah mengharungi hidup walaupun dia dicerca dan dihina oleh rakan-rakannya pada masa ecil malah sanggup ditinggalkan oleh abang kandungnya yang pergi keluar negara untuk menyambung pelajarannya di sana tanpa menghiraukan perasaan adiknya yang masih kecil itu yang memerlukan perhatian dan kasih sayang darinya. Jehanna tetap berjaya membuktikan pada abang dan adiknya yang dia mampu hidup sendiri tanpa bantuan dan sokongan daripada mereka. Novel ini juga mengupas isu ayah yang lupa pada tanggungjawabnya terhadap anak-anak dan isterinya setelah asyik bermain judi sehingga akhirnya membawa kepada kematian ibu Jehanna di hadapan mata gadis itu sendiri ketika dia masih lagi kecil. Sebab itulah Allah melarang umatNya bermain judi, meminum arak dan juga berzina kerana ini akan membawa kemudaratan kepada kita akhirnya.       

NOVELS (9)

ANDAI TERBUKA HATIMU (SITI ZUBAIDAH HARIS)
Novel ni tak ada la tebal sangat. Novel yang aku bace masa zaman sekolah menengah dulu dan yang cukup aku sayang la waktu itu. Masa habis belajar kat U dulu buku itu pun hilang, ni sebab adik aku la menggedik campak kemana ntah beg aku masa dia pindah rumah dulu. Memang aku bengang dan marah gila la kat dia masa tu sebab dia tak pandai nak jaga harta orang. Tetapi nak dijadikan cerita, semua tu kuasa Allah jugak kan tahun lepas aku berjaya mendapatkan buku ni balik walaupun yang seconhand la. Mana ada dah keluaran baru terbitan tu.Alhamdulillah....bila akau baca balik buku ni kan, baru aku perasan rupanya banyak kesalahan ejaan di dalamnya hehehehe....Sebenarnya buku ni bagi yang baru baca mungkin akan tertanya-tanya siapa si Adli tu lelaki ke perempuan ke? Aku pun confuse jugak dulu...geram la jugak nak tunggu sampai ending dia apa cerita...tapi kalau diikutkan mana ada aku baca cantik je dari mukasurat pertama sehingga akhir tanpa sedikit pun skipkan....confirm tak ada maknanya. Novel ni mengajar kita erti tanggungjawab la dan jangan terlalu mengikut perasaan dan ego tanpa mengira perasaan orang lain kerana itu semua budaya syaitan. 

NOVEL (8)

AD + IZ (EURY ATHENA)
Kisah hidup Adrianna Mayesa (Ad) dan Tengku Farriel Izumi (Iz) yang diolah dengan menarik, penuh dengan pelbagai rencah di dalamnya. Sempat la aku berangan sekejap bagaimana rasanya menjadi orang kaya. Pernah la juga terfikir ada ke kisah hidup macam ni ye di alam nyata ni. Tetapi semua yu tak mustahilkan kalau Allah dah kata "Kun Fayakun maka Jadilah" hahahaha. Selain itu novel ni juga megajar aku jangan menilai orang itu dari segi luarannya sahaja kerana kadang kala yang cantik itu tidak semestinya baik. Kalau nak kan seseorang itu hanya kerana ketampanan/kecantikan dan harta benda yang mereka miliki semua itu akan pudar dan hilang dibawa waktu.Macam-macam yang berlaku di dunia ni yang miskin dengan kesusahan mereka untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup manakala yang kaya pulak dengan perasaan irihati, dendam, cemburu dan fitnah di antara mereka keran masing-masing tidak puas dengan apa yang mereka telah ada sampai sanggup untuk menghancurkan kebahagiaan orang lain disebabkan sikap tamak haloba itu. 

Thursday, January 19, 2012

NOVELS (7)

DOKTOR CINTA (DYADILA)
Seronok aku baca novel ni sebab ia mengajar aku menelusuri kisah hidup Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Novel ini juga mengajar aku erti pengorbanan seorang anak yang ingin melihat sinar kegembiraan di wajah orang tuanya walaupun apa yang dilakukannya itu semua adalah satu pembohongan. Aku rasa sedih bila sampai bab segala rahsia yang disimpan oleh Mazlina itu terbongkar dan dirinya dipersalahkan atas segala yang berlaku. Aku juga membayangkan bagaimana keadaan aku jika aku tidak sempat memohon maaf kepada orang tua ku atas segala kesilapan yang aku lakukan dimana mereka pergi menyahut seruan Ilahi dan meninggalkan aku terkapai-kapai seorang diri di dunia Allah ini seperti yang berlaku pada Mazlina. Walaupun susah untuk Mazlina meneruskan hidupnya tanpa kehadiran insan-insan yang paling dia sayang dan hilang kepercayaan daripada kakaknya amat aku suka. Walaupun pada mulanya dia hilang semangat tetapi dengan dorongan insan-insan lain yang masih lagi menyayanginya maka dia berjaya bangkit dari itu dan membalut luka itu walaupun kata orang parutnya masih ada. 

ANIME 1

KYOU KARA MAOH
Antara anime yang paling aku suka. Kenapa? Sebab cerita ni bagi aku kelakar dan juga menarik. Tapi kalau nak bagi budak-budak yang tak berapa nak cerik lagi tu tengok anime ni kena la pantau dia. Sebab anime ni mengandungi unsur-unsur fantasi dan juga salah ajaran dalam agama Islam la. Sebab dalam ni ada sebut pasal perkahwinan sesama jantina. So kalau nak bagi kanak-kanak tengok kene explaint la pada diorang benda tu adalah salah dan diharamkan dalam Islam. Aku juga suka tengok cerita ni berulangkali kerana gambar dan lukisan dia yang bagi ku sangat cantik.

NOVELS (6)

AKUKAH JUWITA? (RINA FARIZQ)
Terbuai aku dengan watak Minah...walaupun namanya tidak seindah mana tetapi perilakunya cantik dan menarik menjadikan aku suka untuk terus membaca ayat demi ayat yang ditulis oleh penulis.Masih lagi tidak tahu siapa yang menjadi hero...ramai sangat yang suka kat Minah.Hmmmm....kita tengok je la nanti.

E-NOVELS (2)

CINTA ADA DI SINI
Ni pun novel terbaru kat blog Sha Ibrahim yang aku baca...adoyyaiiii....yang tak syoknya aku dah ter'addicted dengan si EJ dan juga abang doktor yang hensem..Adoyyaiiiiii!!!!!masak2...jenuh la si Sha tu nak kena update hari-hari blog dia nak bagi aku baca cerita dia tu. Habis siapa yang suruh dia buat cerita yang best sangat....Aku pun tidak sabar nak menunngu next entry dia ni....

E-NOVELS (1)

SHA & SHAH
Tengah addicted cite ni pulak skarang ni. Tidak sabar menunggu entry demi entry baru setiap hari. Ni yang malas ni Bila aku dah start baca mmg susah nak berhenti. Nak tunggu buku ni publish lambat lagi...adusssss!!!tak tahan betul. Bila la cerita ni nak release...penat la tunggu hari-hari Sha Ibrahim update dia punya blog.