Friday, January 20, 2012

NOVELS (10)

SEGALANYA UNTUKMU (ALEYA ANEESA)
Novel ni kalu ada peluang memang aku akan ulang baca balik. Tak tahu di mana kekuatannya yang membuatkan aku addicted. Mungkin pada Jehanna Aisya yang tabah mengharungi hidup walaupun dia dicerca dan dihina oleh rakan-rakannya pada masa ecil malah sanggup ditinggalkan oleh abang kandungnya yang pergi keluar negara untuk menyambung pelajarannya di sana tanpa menghiraukan perasaan adiknya yang masih kecil itu yang memerlukan perhatian dan kasih sayang darinya. Jehanna tetap berjaya membuktikan pada abang dan adiknya yang dia mampu hidup sendiri tanpa bantuan dan sokongan daripada mereka. Novel ini juga mengupas isu ayah yang lupa pada tanggungjawabnya terhadap anak-anak dan isterinya setelah asyik bermain judi sehingga akhirnya membawa kepada kematian ibu Jehanna di hadapan mata gadis itu sendiri ketika dia masih lagi kecil. Sebab itulah Allah melarang umatNya bermain judi, meminum arak dan juga berzina kerana ini akan membawa kemudaratan kepada kita akhirnya.       

No comments:

Post a Comment