AKU BUKAN MISTRESS (ACIK LANA)
Kisah hidup Mya Arlissa yang tidak seindah insan biasa yang cuba digarap oleh penulis dengan begitu baik sekali. Dunia yang pada aku kalau insan biasa yang dilimpahi kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang kuat serta terdapat rakan-rakan yang prihatin serta jiran tetangga yang saling hormat menghormati dan mempunyai perikemanusiaan tidak akan terfikir dan tidak akan terjebak di dalamnya. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Hadirnya Mikail yang boleh dikatakan sebagai penyelamat jugak la walaupun pada awalnya hanya berdasarkan nafsu semata-mata. Aku benci dengan Adam yang kejam memperlakukan Mya seperti haiwan, kehadiran Shamil yang menagih janji silam juga menyesakkan dada aku, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Insaf Aku ketika membaca novel ini dan aku bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana serta masih lagi mempunyai ibubapa untuk aku menumpahkan kasih sayang. Seharusnya kita mengingati Allah walau dalam susah mahupun senang kerana padaNya sahaja tempat untuk kita memohon pertolongan daripada segala musibah yang melanda diri serta padaNya juga tempat untuk kita melindungkan diri dari godaan hawa nafsu dan hasutan syaitan yang memang ingin merosakkan anak cucu cicit Adam di muka bumi ini. Sesungguhnya betullah juga seperti firman Allah dalam salah satu HadithNya iaitu "Perempuan yang baik adalah untuk Lelaki yang baik dan begitu jugalah yang sebaliknya".

No comments:
Post a Comment