BIARKAN IA BERLALU (SHA IBRAHIM)
Kisah pengkhianatan dan sikap dengki terhadap kekayaan orang lain. Mengambil hak orang lain adalah dilarang oleh Allah Swt. Namun ketabahan Nadia dalam mengharungi hidup yang penuh cubaan ini boleh menjadi inspirasi dan panduan untuk kita untuk lebih berjaya. Tetapi fitnah yang dilemparkan oleh orang-orang tertentu itu adalah lebih tajam dari sebilah pedang keran dengan fitnah ini juga sebenarnya boleh memusnahkan kehidupan sesetengah orang jika orang itu tidak tabah dan cekal mengharunginya.Novel ini juga mengingatkan kita bahawa dengan sokongan rakan-rakan seperti Tiara dan Baby boleh menguatkan semangat bagi kita untuk mengharungi segala kesusahan. Novel ini juga mengajar kita bahawa tidak baik berdendam kerana dendam itu adalah hasutan syaitan, memaafkan adalah lebih baik daripada membalas dendam.Banyak emosi yang ada dalam novel ini. Ia juga mengingatkan aku pada zaman bebudak dahulu di mana kita bergembira bermain ditangkap ikan sepila (kata orang kelantan la) yang berwarna warni dan cantik untuk dijadikan ikan laga hihihii....
No comments:
Post a Comment