CINTA TAK TERUCAP (IMANI HATTA) Novel ini pun aku suka jugak baca sebab ia menarik. Terbuai aku dengan keletah dah telatah Suri Imani Shamsul Azhari dan Ammar Mirza Mahathir. Geram jugak Amir, Erna serta rasa bertuah kalu dapat kawan-kawan seperti Wati, Zahin, Ben. Bagi aku novel ini mengajar aku supaya tidak berdendam dengan orang tua walaupun sejahat mana pun mereka kerana mereka tetap berjasa kepada kita kerana telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia yang penuh keindahan dan cabaran ini. Novel ini juga mendidik kita untuk menghormati suami selagi suami itu berada di landasan yang benar. Selain itu novel ini juga mengingatkan kita dosa orang yang membunuh diri itu adalah sangat-sangat dilaknat oleh Allah di akhirat kelak....Insaf Aku bila aku baca Firman Allah dalam novel tu berkenaan dengan bunuh diri itu.
No comments:
Post a Comment