Wednesday, January 18, 2012

NOVELS (5)

AWAK SUKA SAYA TAK?(MELUR JELITA)
Memang aku suka baca sebab banyak pengajaran, peringatan dan juga ilmu yang boleh aku kutip dan jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian kerana kalau diikutkan perangai aku ni memang susah dan tak la aku nak ambil buku agama atau tafsir al-quran tu untuk dibaca dan dihayati keindahannya kalau tidak ada orang yang sudi mmberi peringatan dan dorongan. So cara yang terbaik yang aku gunakan sekarang adalah mencedok ilmu-ilmu ini secara sedikit demi sedikit melalui pembacaan novel atau article-article yang aku dapati secara tidak sengaja atau kawan-kawan yang post kan dekat fb aku atau mana-mana sahaja mataku terlihat. Yang mana baik akan aku jadikan teladan dan ikutan dan yang mana tidak baik itu akan kujadikan sebagai sempadan dan ingatan. Walaupun novel ini tebal tapi once kita membacanya kite memang takkan berhenti untuk terus membacanya. Di dalam novel ini ada pro and cons nya la. Bukan semua yang terdapat dalam novel ini baik ada juga yang tak baiknya di mana watak heronya yang terlalu protective dan terlalu cemburu juga tidak baik dalam sesuatu perhubungan. Sikap saling percaya mempercayai adalah perlu dalam sesuatu perhubungan untuk memastikan ianya terus kekal.

No comments:

Post a Comment