BIARKAN IA BERLALU (SHA IBRAHIM)
Cerita seterusnya yang aku nak share sikit iye la cite ni. Suka baca novel ni walaupun azab jugak la nak habiskan sebab ia tebal. Dekat 1 kilo tu. Novel ini mengajar aku bersyukur dengan apa yang kita ada dan tak baik kita merampas ape yang bukan hak kita kerana lambat laun Allah akan membalas perbuatan itu tidak kira la lambat ke cepat. Novel ini juga megajar aku bahawa berdendam itu tidak akan membawa kita ke mana kerana di akhirnya dendam itu akan membuatkan kita jauh daripada orang-orang yang kita sayangi. Memaafkan itu adalah lebih baik kerana ia akan membuatkan hati kita rasa release. Nasib Nadia amat baik kerana walaupun dia dikhianati tetapi dia mempunyai rakan karib yang sanggup bersusah payah bersamanya bermula dari bawah kembali sehingga dia berjaya. Aku suka part di mana Syafiq membawa Nadia ke kampungnya dan terdapat adegan yang mencuit hati aku di sini.